Sunday, March 3, 2019

3 terselamat pancuan empat roda jatuh gaung -wiraalam-

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa
Tatau: Dua lelaki dan seorang wanita  menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) nyaris maut setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di KM 52 Bintulu-Sibu disini petang ini.

Semasa kejadian, kenderaan yang dipandu oleh Allyboy Freddline, 24, sedang bergerak melalui kawasan terbabit tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 30 kaki.

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau diketuai oleh Ketua Balai Penolong Pegawai Bomba Nazari bin Harun tiba di lokasi kejadian sekitar jam 12.38 tengah hari dengan anggota seramai lapan orang untuk melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.

Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh anggota bomba dan kenderaan mangsa dilaporkan mengalami kerosakan teruk di bahagian tepi berikutan impak kuat dalam kemalangan itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dibawa ke Klink Kesihatan Tatau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

-wiraalam-

Tujuh ekor kambing terkorban dalam kebakaran


Mukah: Tujuh ekor kambing milik seorang penduduk di kampung Telian Laut, Mukah, dekat sini, rentung apabila kandang haiwan ternakan itu terbakar dalam kejadian lewat malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah Pegawai Bomba Kanan II Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 12.39 tengah malam itu sebelum segera ke tempat kejadian dengan kekuatan enam anggota.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian api marak membakar kandang berkenaan sebelum berjaya dikawal dan dipadam hampir 30 minit kemudian.

"Kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus kandang kambing berkenaan dan telah menyebabkan 7 ekor kambing mati,"katanya ketika dihubungi Sarawak Edition.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-wiraalam-