Tuesday, February 26, 2019

Kebakaran sebuah rumah, penghuni terselamat

Anggota bomba bertungkus lumus kebakaran 
Limbang: Sebuah rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Tedungan Limbang di sini petang tadi.

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi susulan menerima laporan kecemasan kira-kira jam 3.36 petang tadi.

Menurut jurucakap bomba, Tuan Tawang anak Linggem sejurus menerima maklumat kebakaran itu, 9 anggota bergegas ke tempat kejadiaan untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Anggota Bomba yang tiba di lokasi kemudiaan bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air dari jentera.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh 10 orang dari Pasukan Bomba Sukurela Kabima dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 4.31 petang", katanya.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadiaan masih dalam siasatan", tambahnya lagi.

-wiraalam-

Thursday, February 14, 2019

#Global Geram Kerana Degil Tak Dengar Cakap, Wanita Bunuh Dan Tetak Badan Anak

Seorang wanita berusia 23 tahun disyaki membunuh anak kandungnya dan menetak badan mangsa serta menyorokkannya di dalam sebuah beg sebelum melaporkan kepada polis bahawa anaknya hilang di culik.
Nakira M.Griner, 24, mengakui dia membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana geram terlalu degil dan enggan dengar cakap selain tidak mahu menjamah makanan yang disediakan.
Mangsa dipercayai ditampar sekuat hati hingga terjatuh dari tangga dan meninggalkan kesam lebam di bahagian muka. Namun, Nakira tidak mengendahkan atau memberi sebarang bantuan kepada anaknya dan kemudiannya membunuh serta mengerat mayat mangsa selain membakarnya.
Sebelumnya, Nakira membuat laporan polis kononnya dia  diserang oleh penjahat sebelum anaknya diculik. Namun siasatan yang dijalankan polis tidak menemui sebarang tanda-tanda berlakunya sebarang kes rompakan dan penculikan.
Menurut laporan tempatan, polis yang melakukan proses pencarian mangsa akhirnya menemui mayat kanak-kanak yang telah dikerat dan dibakar itu di dalam beg tangan milik Nakira yang diletakkan dibawah pokok hadapan rumah.
Susulan itu, suspek kini berada dalam tahanan polis atas kesalahan mencederakan, menyiksa dan membunuh anak kandungnya sendiri.
Sumber: NJ.com

Cubaan bunuh diri seorang lelaki dengan mengelar pergelangan tangan

Kuching: Seorang lelaki berusia 35 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kiri kejadiaan di KMC Flat jalan Central Timur Padungan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Padungan PBK II Patrick Mawong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.38 malam dan seramai 15 anggota bergegas ke lokasi kejadiaan.

"Sebaik  tiba, kita mendapati pergelangan tangan disebelah kiri berdarah ekoran dikelar dengan objek tajam. Unit EMRS Bomba telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,"katanya.
Punca sebenar kejadiaan masih tidak diketahui.

Monday, February 11, 2019

Operasi hari ke dua Langkau anak Belun masih menemui jalan buntu


11 Feb 2019 / Sri Aman :Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas Lankau anak Belun berumur 85 thn yang dilaporkan dilaporkan hilang dalam hutan berhampiran Rumah Buda Meriok Nanga Engkilili, Sri Aman pada sabtu lepas telah memasuki hari ke dua namun masih menemui jalan buntu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman PPgB William Baheng sedang memberi taklimat kepada pasukan SAR.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pihak Bomba, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung. Lokasi pencarian dibahagi kepada dua iaitu di kawasan hutan dimana kali terakhir mangsa dilihat dan dengan menggunakan bot bagi menyusuri Sg Btg Lupar. Operasi ditangguhkan pada pukul 5 petang dan akan disambung semula ke esokan pagi.

Kebakaran rumah di jalan Astana


11 Feb 2019 / Petra Jaya: Sebuah keluarga hilang tempat tinggal setelah rumah kediaman dua tingkat di Kampung Astana Lot musnah terbakar dalam kejadiaan yang berlaku tegah hari tadi.

Sepasukan anggota Bomba dari dua buah balai dikerahkan ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada jam 12.18 tegah hari.

Tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-wiraalam-